Pengenalan

Maahad Tahfiz Vokasional Baitul Dhiya’ (MATAVBAIDHI) adalah sebuah sekolah yang diasaskan oleh Ustaz Syed Mohd Bakri Bin Syed Ishak atau lebih dikenali sebagai Pencetus Ummah Syed. Beliau merupakan Juara bagi program Realiti TV, di rancangan Astro Oasis bagi tahun 2015.
Sejarah Penubuhan

Keuntungan di Akhirat lebih bernilai dan berharga

Beliau melihat keperluan untuk diwujudkan sebuah sekolah yang menitipkan pendidikan hafazan al-Quran dan kemahiran kepada anak-anak di peringkat Menengah bawah. Maka terzahirnya hasrat untuk membina sebuah Maahad Tahfiz ini.

Usahanya ini sangat banyak dibantu oleh rakan-rakan seperjuangan beliau diantaranya En Abdul Hafiz,Ustaz Abdul Latif Hamsin, Ustaz Fariq Izwan, Ustaz Fadzil Abdillah dan ramai lagi. Maahad Tahfiz Vokasional Baitul Dhiya’ (MATAVBAIDHI) adalah sebuah Institusi pendidikan berkonsepkan “swasta rakyat” yang didirikan hasil daripada sumbangan derma dan waqaf masyarakat dari seluruh Malaysia.

Maahad Tahfiz Vokasional Baitul Dhiya’ (MATAVBAIDHI) beroperasi dengan menggunakan sebuah banglo yang dibeli dan telah diubaisuai untuk dijadikan sebuah sekolah dengan ciri-ciri keselamatan yang dipertingkatkan mengikut ketetapan pihak berkuasa dan terletak di No. 483, Laluan Taman Meru 14, Taman Meru, 30020 Ipoh Perak. Bangunan ini telah dibeli dengan harga empat ratus ribu (RM 400,000) daripada Puan Hajah Halijah Binti Kamarudin yang mana pada asalnya ingin dijual dengan harga enam ratus ribu ringgit (rm 600,000), namun beliau dengan penuh rela hati menyumbang satu pertiga dari harga tersebut untuk diwaqafkan.

Maahad Tahfiz Vokasional Baitul Dhiya’ (MATAVBAIDHI) diwujudkan bukanlah di atas dasar mencari keuntungan, kerana keuntungan di Akhirat lebih bernilai dan berharga, namun hanyalah sebagai memberi peluang kepada masyarakat untuk memilih tempat pengajian yang terbaik buat anak-anak mereka dan juga memberi peluang pekerjaan buat para graduan dalam bidang tahfiz, agama dan juga kemahiran.